135,000 huffaz profesional menjelang 2050
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Menjelang tahun 2050, UMNO yang memperkukuh semula Dasar Tahfiz Negaramenyasarkan untuk melahirkan lebih 135,000 huffaz profesional, kata Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki Katanya, dengan mengambil aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), agenda itu diteruskan melalui kemudahan dan institusi pendidikan sedia ada, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK). “Pendekatan tersebut membuktikan pendidikan al-Quran dan tahfiz boleh diintegrasikan dengan pendidikan arus perdana bagi melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja menguasai ilmu agama, malah cemerlang dalam bidang profesional.…
Read MoreUrus perbezaan pandangan secara hikmah
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Pemikiran dan ijtihad ulama terdahulu seperti Dr Yusuf al-Qaradawi wajar dijadikan panduan dalam mendepani realiti kehidupan umat Islam pada masa kini, terutama behubung perbezaan pandangan. Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Dusuki Ahmad berkata, karya Dr Yusuf al-Qaradawi banyak menzahirkan ajaran Islam dalam bentuk yang asli, murni dan segar, selain penekanan terhadap pengurusan perbezaan pendapat dalam kalangan umat. “Antara perkara yang selalu disebut ialah kita bekerjasama dalam perkara yang dipersetujui dan kita bertolak ansur dalam perkara yang berbeza pendapat. “Jauhkan daripada taasub kepada peribadi, mazhab dan golongan.…
Read MoreMajlis Ulama UMNO diarah sedia ‘blueprint’
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Majlis Ulama UMNO Malaysia diberi mandat menyediakan satu ‘blueprint’ cadangan tindakan persefahaman yang praktikal, merangkumi penyatuan pemikiran dan berorientasikan hasil dalam tempoh 100 hari. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia juga akan memfokus pengurusan perbezaan politik dan agenda utama ummah untuk dibentangkan dalam Majlis Perundingan Ummah, sekali gus menjadi asas kepada tindakan yang lebih tersusun dan berkesan. “Jemaah Menteri juga sudah meluluskan Majlis Perundingan Ummah ini. Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri buat kali pertama, saya mewujudkan Majlis Perundingan Islam. Sebelum itu, PM…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 08.09.2026
Kenapa PH melatah, buat laporan polis
SEPANG 7 Sept – “Kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan (PH) melatah?,” demikian persoalan yang ditimbulkan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari selepas kalangan pemimpin PH membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi Awang. Laporan polis dibuat selepas Abdul Hadi mendakwa ada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018. Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya hairan dengan reaksi itu kerana Pas tidak pernah mengaitkan PH dalam isu terbabit. Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana pertikaian kedua-dua pihak boleh diselesaikan melalui kaedah undang-undang. “Kedutaan Amerika…
Read More41 penerbangan ke Jakarta batal
PUTRAJAYA 7 Sept. – Sebanyak 41 penerbangan ke Jakarta di lapangan terbang seluruh negara dibatalkan hari ini, susulan penutupan sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK) berikutan abu gunung berapi akibat letusan. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan, pembatalan membabitkan penerbangan yang dijadualkan antara pukul 6.45 pagi hingga 11.55 malam ini. Jumlah pembatalan tertinggi direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan 30 penerbangan, iaitu 20 di Terminal 1 dan 10 di Terminal 2. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan tujuh pembatalan, diikuti Lapangan Terbang Subang dua pembatalan, manakala Lapangan…
Read MoreDUN Melaka bubar selepas ‘dua kali Jumaat’
MELAKA 7 Sept. – Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh memberi bayangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan menjelang akhir bulan ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN). Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Melaka itu berkata pembubaran DUN akan dibuat dalam tempoh `dua kali Jumaat’ lagi. “Tak lama lagi (akan bubar). Saya kata hari itu empat kali Jumaat lagi, (tetapi kini) dah tinggal dua kali Jumaat saja,” katanya ketika berucap pada majlis minum pagi dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu, di sini hari…
Read MoreDua program Pra-PAU di WTC
KUALA LUMPUR 7 Sept . – Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mulai Rabu ini, dua program keilmuwan Pra-PAU akan dilangsungkan esok di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program itu terbuka kepada orang awam iaitu Program Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0 dan Konvensyen Pendidikan Melayu 2026. Kedua-dua program bermula pukul 8 pagi. “Saya menjemput seluruh keluarga besar UMNO dan juga orang ramai untuk hadir bersama-sama ke dua program utama yang menjadi wadah penting untuk percambahan ilmu, pandangan dan gagasan dalam memperkukuh agenda…
Read More